Sunday, April 3, 2011

Ukhwah Kekeluargaan


Assalamualaikum w.b.t....

Seronok dapat berjogging pagi ni di tempat biasalah di Banting ni.
Pelbagai gelagat manusia dapat aku lihat, ade yang berjogging, berjalan-jalan mengelilingi trek, kanak-kanak berlari-lari dan ade datang dengan famili untuk berjogging.

Aku berasa teruja melihat kanak-kanaklah yang paling happy datang di situ. Tanpa membuang masa mereka berlari dengan riang dn terus pergi ke taman permainan yang terdapat di situ. selesai aku berjogging aku lihat seorang ayah membawa 3 orang anak lelakinya untuk berjogging bersama. Si ayah mulakan dengan senaman ringan dan si anak2 mengikut apa yang dilakukan oleh aya mereka.

Betapa eratnya ukhwah dalam institusi keluarga apabila dapat melakukan aktiviti riadah bersama. Pasangan suami isteri membawa anak2 berjogging bersama, keriangan anak2 terpancar di wajah, setelah 5 hari mak dan ayah sibuk bekerja, akhirnya a family gathering together.


Aku terus memikirkan sesuatu, adakah aku dapt melakukan seperti ini apabila aku sudah berumahtangga nanti, dengan keadaan situasi di tempat kerja yang tidak pasti, dgn kekangan pelbagai situasi semua ini perlu aku fikirkan. Ya aku akan teruskan berjogging sebab aku mahu sihat, aku tak mahu menjadi seperti dahulu. Aku tidak mahu menyusah orang lain dengan sakit dan terperuk di hospital akibat penyakit yang dihadapi akibat aku tidak menjaga kesihatan. Aku tidak mahu menyusahkan orang-orang aku sayangi.
Keluarga bahagia

 Dan kalau boleh aku harap kematian aku tidak menyusahkan oran-orang disekelilingku, biarlah aku mati dngan aman tanpa orang lain menderita kerana aku. Aku cuma mahu pastikan masa depan aku, aku sebgai seorang yang sihat dan mampu membina ukhwah kekeluargaan yang bahagia. Tetapi diri ini perlu kuat kerana dalam membina institusi yang dikehendaki islam, badai pasti akan melanda, hanya doa kupohon moga2 aku dan dia kekal jodohku hingga ke akhir hayat...


Bak kata Ustaz Hasrizal Jamil : BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Sekadar hiasan

Saturday, April 2, 2011

10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Friday, April 1, 2011

Jenis - Jenis Pembaziran

kanak-kanak di Afrika kebuluran , sedangkan kita Di Malaysia penuh dengan rezeki melimpah ruah, Hargai apa yang ada, Jauhi pembaziran


Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi mengatakan, terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya: 

1.Pembaziran ilmu pengetahuan iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan. 
 
2.Pembaziran amalan iaitu membazir jika melakukannya dengan hati yang tidak ikhlas.
 
3.Pembaziran kekayaan iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T.
 
4.Pembaziran hati iatu membazir jika hati yang kosong kerana tidak mengasihi Allah S.W.T. 
 
5.Pembaziran tubuh badan iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
 
6.Pembaziran cinta iaitu membazir jika kita mencintai orang atau perkara lain melebihi cinta kepada Allah S.W.T. 
 
7.Pembaziran masa iaitu membazir jika tidak digunakan dan  diurus dengan sebaiknya.
 
8.Pembaziran akal iaitu membazir jika memikirkan sesuatu yang hanya untuk dunia semata-mata tanpa bermanfaat  kepada agama. 
 
9.Pembaziran zikir iaitu membazir jika tidak menyebutnya  dengan betul, hilang tumpuan, bermain-main atau sambil lewa sahaja dan sebagainya.

Membazir amalan syaitan