Monday, August 15, 2011

Hari ke-15 Berpuasa..

Ahlan wa Sahlan....
Xtau nak citer apa time2  pose ni kat pejabat yang sejshtera sangat ni.. Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat hidup hidup dan sihat yang diberikan aku masih berada di bumi Dungun untuk menunaikan ibadah berpuasa. Kehidupan di sini yang sederhana di tambah dengan keramahan orang2nya mebuat aku bertambah selesa.

Kesempatan aku di bulan yang dimulia ini untuk aku terus berjuang untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk aku terus berjuang dan bermujadalah bagi melahirkan diri aku yang lebih baik.. Lagi2 persediaan untuk menjadi seorang suami dan ayah.
Alhamdulillah dapat solat sunat tarawikh di masjid sg.udang berjamaah dan dapat sedaya-upaya cuba membuat 20 rakaat jika diberi kesempatan.aku rasa bersyukur sgt2 pada ALLAH SWT pada tahun ini,byk menjadikan aku semakin mengenaliMu ya ALLAH.. Ya Allah bantu dan tuntun aku supaya dapat menemui malam lailatulqadar.. Aku mahu merasai sebenar-benarnya kemanisan beribadat tersebut. Biarlah pelbagai dugaan yang mendatang aku harap dapat mengharungi dengan jayanya.

Dengan ketiadaan musuh umat islam ini dapat menguatkan lagi umat nabi Muhammad untuk beribadat di jalan ALLAH. Ku harapkan ramadhan kali ini penuh makna agar dapat dilalui dengan sempurna.... Urmmmm InsyaALLAH..


  Syukran Jazilan









Sunday, April 3, 2011

Ukhwah Kekeluargaan


Assalamualaikum w.b.t....

Seronok dapat berjogging pagi ni di tempat biasalah di Banting ni.
Pelbagai gelagat manusia dapat aku lihat, ade yang berjogging, berjalan-jalan mengelilingi trek, kanak-kanak berlari-lari dan ade datang dengan famili untuk berjogging.

Aku berasa teruja melihat kanak-kanaklah yang paling happy datang di situ. Tanpa membuang masa mereka berlari dengan riang dn terus pergi ke taman permainan yang terdapat di situ. selesai aku berjogging aku lihat seorang ayah membawa 3 orang anak lelakinya untuk berjogging bersama. Si ayah mulakan dengan senaman ringan dan si anak2 mengikut apa yang dilakukan oleh aya mereka.

Betapa eratnya ukhwah dalam institusi keluarga apabila dapat melakukan aktiviti riadah bersama. Pasangan suami isteri membawa anak2 berjogging bersama, keriangan anak2 terpancar di wajah, setelah 5 hari mak dan ayah sibuk bekerja, akhirnya a family gathering together.


Aku terus memikirkan sesuatu, adakah aku dapt melakukan seperti ini apabila aku sudah berumahtangga nanti, dengan keadaan situasi di tempat kerja yang tidak pasti, dgn kekangan pelbagai situasi semua ini perlu aku fikirkan. Ya aku akan teruskan berjogging sebab aku mahu sihat, aku tak mahu menjadi seperti dahulu. Aku tidak mahu menyusah orang lain dengan sakit dan terperuk di hospital akibat penyakit yang dihadapi akibat aku tidak menjaga kesihatan. Aku tidak mahu menyusahkan orang-orang aku sayangi.
Keluarga bahagia

 Dan kalau boleh aku harap kematian aku tidak menyusahkan oran-orang disekelilingku, biarlah aku mati dngan aman tanpa orang lain menderita kerana aku. Aku cuma mahu pastikan masa depan aku, aku sebgai seorang yang sihat dan mampu membina ukhwah kekeluargaan yang bahagia. Tetapi diri ini perlu kuat kerana dalam membina institusi yang dikehendaki islam, badai pasti akan melanda, hanya doa kupohon moga2 aku dan dia kekal jodohku hingga ke akhir hayat...


Bak kata Ustaz Hasrizal Jamil : BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Sekadar hiasan

Saturday, April 2, 2011

10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Friday, April 1, 2011

Jenis - Jenis Pembaziran

kanak-kanak di Afrika kebuluran , sedangkan kita Di Malaysia penuh dengan rezeki melimpah ruah, Hargai apa yang ada, Jauhi pembaziran


Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi mengatakan, terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya: 

1.Pembaziran ilmu pengetahuan iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan. 
 
2.Pembaziran amalan iaitu membazir jika melakukannya dengan hati yang tidak ikhlas.
 
3.Pembaziran kekayaan iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T.
 
4.Pembaziran hati iatu membazir jika hati yang kosong kerana tidak mengasihi Allah S.W.T. 
 
5.Pembaziran tubuh badan iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
 
6.Pembaziran cinta iaitu membazir jika kita mencintai orang atau perkara lain melebihi cinta kepada Allah S.W.T. 
 
7.Pembaziran masa iaitu membazir jika tidak digunakan dan  diurus dengan sebaiknya.
 
8.Pembaziran akal iaitu membazir jika memikirkan sesuatu yang hanya untuk dunia semata-mata tanpa bermanfaat  kepada agama. 
 
9.Pembaziran zikir iaitu membazir jika tidak menyebutnya  dengan betul, hilang tumpuan, bermain-main atau sambil lewa sahaja dan sebagainya.

Membazir amalan syaitan

Wednesday, March 30, 2011

Erti Kehidupan

Kehidupan yang hakiki adalah di akhirat sana

Assalamualaikum wbt...

Sambil menyiapkan IP (Investigation Paper) @ Kertas Siasatan untuk ujian formatif aku ni, aku banyak memkirkan banyak perkara tentang kehidupan seorang itu sendiri. Manusia tidak lari Ujian dan Dugaan dari ALLAH SWT terutama orang ISLAM. Segala yang mendatang adalah untuk menguji sejauh mana kemampuan manusia itu menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran.

Aku terus memikirkan segala repot2 yang aku perlu buat dan anta kepada pengajar yang akan menilai prestasi semasa praktikal adalah salah suatu ujian di dunia yang perlu aku tempuhi, belum lagi ujian2 semasa di akhirat lagi..fuhh x dapat nak bayangkan. Banyak perkara yang berlaku di depan mata aku menjadikan aku lebih memahami erti kehidupan. Kata orang2 dahulu "Pengalaman adalah guru yang terbaik bagi seseorang manusia"..... Mungkin ade kebenaran, masakan orang yang berjaya pada ketika dahulu dia memang dilahirkan dalam keadaan yang berjaya, berkemungkinan pada masa lalu dia menempuh pelbagai ujian dan cabaran hidup sebelum menempa kejayaan pada masa sekarang.

Aku tersentuh dengan satu ayat suci al-Quran yang mana ALLAH SWT berfirman :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."  Surah al-Baqarah ayat 286.

Aku berasa lega dan yakin ini janji ALLAH SWT, kerna janjiNYA adalah benar. Setiap dugaan yang mendatang adalah setakat kemampuan kita untuk menghadapinya. Jikalau kita rasa dugaan yang dihadapi amatlah berat untuk ditanggung, yakinlah bahawa dugaan yang diterima adalah setakat kemampuan kita untuk menghadapinya.

Always think postive.. No matters happen to u, always believe that ALLAH SWT Love u. Never give up.. 
SYUKRAN JAZILAN... 

Sunday, March 27, 2011

Aku nak sihat VS Aku nak kurus

Alhamdulillah 
di pagi yang begitu indah dapat juga aku joging di Taman Rekreasi Banting. Memang benar ramai orang tidak ambil berat tentang kesihatan lagi2 nak bersenam.
     

Memperkatakan tentang kesihatan memang semua orang tidak asing tetapi berapa ramai yang menyedarinya betapa pentingnya menjaga kesihatan.
Aku sendiri sebelum ini tidaklah menitikberatkan soal kesihatan tetapi memikirkan pelbagai aspek dan kebarangkalian yang akan terjadi menyebabkan aku mengambil langkah2 awal supaya di masa akan datang tidak berlaku perkara yang tidak terduga pada masa hadapan.

Aku permulaanya memikirkan tentang nak kuruskan badan, tetapi pikir2 semula dan jangkamasa yang singkat dan kekangan aktiviti semasa praktikal ini better aku fikirkan bagaimana nak jadikan diri aku terutama badan yang sihat, mental yang sejahtera.

Badan yang sihat itu yang penting... apabila badan sihat Insyaallah badan kita akan mengalami penurunan kg. Nak menguruskan badan ni pun memerlukan motivasi yang tinggi. Jikalau sekadar "Hangat-hangat tahi ayam" baik tak payah buat.. Sebagai motivasi diri aku teringat lagu Dmasiv - Jangan menyerah..

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi


Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi


Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi


Back to Reff 1


Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa


Back to Reff 1
Back to Reff 2

Begitu mendalam maksudnya... Moga2 ia menjadi sumber inspirasi.. tetapi yang paling penting doa yang istiqamah dipohon kepada ALLAH S.W.T agar diberi kesihatan yang baik. Moga2 coretan ini memberi inspirasi kepada semua yang membaca. 





Saturday, March 26, 2011

Lembaran Baru

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.....
Sudah sekian lama menyepi untuk update blog ni....
Bukan tiada idea, cuma kekangan waktu menyebabkan blog ni sunyi tanpa celoteh diriku...
Fokus utama blog di buat untuk perkongsian segala ilmu pengetahuan yang ada...
Seiring nama periwayat hadis At-thabrani, so berkongsi ilmu dengan pembaca@rakan adalah satu pengisian yang berguna....
moga2 sama2 mendapat manfaat bersama..
Salah dan silap dalam meyampaikan ilmu diharap mendapat teguran dari pembaca

Sunday, February 13, 2011

Hadis Lalat dan Sains


Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, nabi bersabda, “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah. Benarkah pada lalat terdapat punca-punca penyakit serta penawar?

Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali sebagai Musca domestica. Lalat ini mudah ditemui di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Luther West dalam buku The Housefly - Its Natural History, Medical Importance, And Control, terbitan New York pada tahun 1951, menyatakan lalat jenis Musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila nabi bersabda tentang lalat, besar kemungkinan baginda sedang menceritakan tentang lalat dari jenis ini.

Lalat buah atau fruit-flies yang kadang kala dikenali juga sebagai lalat arak atau wine flies serta lalat cuka atau vinegar flies, juga banyak terdapat di Timur Tengah. Jenis yang agak terkenal daripada kumpulan ini ialah yang bernama Drosophila melanogaster. Kajian di dalam bidang entomologi mendapati lalat jenis ini jinak dengan manusia dan sering terdapat di kawasan buah-buahan yang banyak berlaku proses fermentasi. Justeru, arak merupakan tarikan kepada lalat jenis ini. Di samping itu ia juga menyukai suhu yang tinggi seperti yang disebutkan oleh Harold Oldroyd dalam buku The Natural History of Flies. Mekah dan Madinah mempunyai suhu yang tinggi. Persekitarannya subur dengan pohon-pohon kurma dan anggur dan kedua-dua ini digunakan untuk membuat arak. Minuman arak, apatah lagi di zaman jahiliah, merupakan budaya hidup orang-orang Arab. Tidak akan meriah sesuatu majlis tanpanya. Orang Arab begitu memuja arak hinggakan bahasa arab mempunyai lebih kurang 250 kalimat yang melambangkan arak. Hal ini disebutkan dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Ketika Islam datang arak belum diharamkan. Islam hanya mengharamkannya selepas berlakunya hijrah ke Madinah dan selepas diwajibkan ibadah solat. Justeru, persekitaran yang seperti ini yang kaya dengan arak cukup sesuai untuk pembiakan lalat Drosophila melanogaster.

Apa yang signifikan ialah, lalat daripada kedua-dua jenis ini, iaitu Musca domestica dan Drosophila melanogaster (terutamanya Drosophila melanogaster), menjadi bahan kajian utama para ahli sains pada hari ini bertujuan untuk mengenali penyakit-penyakit manusia serta penawar baginya. Justeru, fokus nabi tentang lalat dalam konteks penyakit dan penawar, amat relevan dengan isu kesihatan dan perubatan pada hari ini.

Lalat dan Penyakit

Sabda nabi yang bermaksud, “Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit,” adalah satu pernyataan umum yang menunjukkan lalat merupakan agen pembawa penyakit kepada manusia. Ia juga mengisyaratkan bahawa lalat mengandungi banyak kuman yang memudaratkan. Sabda nabi ini hanya dapat difahami pada abad-abad terkemudian. Pada tahun 1577, Mercurialis melontarkan pandangan tentang kemungkinan lalat merupakan serangga pembawa penyakit kepada manusia, tetapi pendapat ini tidak dapat dikukuhkan dengan bukti. Hanya pada abad kesembilan belas sahaja kajian yang mendalam dilakukan untuk mengesahkan perkara ini, contohnya, kajian yang dilakukan oleh Profesor J. Leidy pada tahun 1871. Beliau yang merupakan seorang pakar dalam bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y. Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda kuman berbanding luarannya. Hal ini disebutkan dalam buku Insect Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York.

Pada tahun 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai ‘serangga paling berbahaya yang pernah dikenali manusia selama ini’. Lalat dikenal pasti sebagai agen pembawa penyakit demam kepialu, taun, cirit birit, sakit mata, dan banyak lagi.

Lalat Memiliki Penawar

Sabda nabi, “Dan pada sebelah sayap (lalat) ada penawar,” menunjukkan, walaupun lalat ialah agen pembawa kuman serta penyakit, namun tubuh lalat yang sama juga memiliki penawar serta bahan anti kuman yang bermanfaat bagi manusia.

Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad ke-20. Sebagai contoh, Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938, mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah Musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.

Sebelum itu, pada tahun 1926, J.I. Duncan menemui bahan-bahan aktif pembunuh bakteria di dalam usus lalat rumah. Pada tahun 1939 pula, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku The Housefly - Its Natural History, Medical Importance, And Control oleh Luther West.

Penemuan sains pada abad ke-20 juga menyedarkan manusia tentang betapa benarnya sabda nabi yang bermaksud, “Celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar.” Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva (maggots) amat bermanfaat pada manusia.

Sebagai contoh, M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.


Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-luka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanpun popularitinya mula menurun selepas penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi popular semula berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Indiana di http://www.soundmedicine.iu.edu. Sebagai contoh, ia dicadang untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans Affairs Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal infeksi kuman dan menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases.

Kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan. Dalam sebuah buku karangan Dr. Ghyath Hasan al-Ahmad bertajuk al-Tibb al-Nabawi fi Daw al-Ilm al-Hadith (Prophetic Medicine in the Light of Modern Science) terbitan tahun 1955, dilaporkan tentang satu eksperimen yang dilakukan oleh Dr. Nabîh Da’ish di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh. Beliau menyediakan sepuluh kultur bakteria (bacterial cultures) dan dimasukkan seekor lalat ke dalamnya tanpa dicelupkan lalat itu ke dalam kultur. Beliau kemudiannya menyediakan 10 lagi kultur bakteria dan dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak sekali. Selepas itu disediakan pula lagi 10 kultur bakteria dan pada kali ini lalat dicelupkan ke dalam kultur sebanyak dua kali. Perbuatan ini disusuli dengan penyediaan 10 lagi kultur bakteria dan lalat dicelupkan ke dalamnya sebanyak tiga kali. Dr. Nabîh Da’ish mendapati kuman terus hidup dan membiak dalam kultur yang pertama yang mengandungi lalat yang tidak dicelup. Dalam kultur yang kedua kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh dan aktiviti antikuman ini meningkat dalam kultur ketiga dan keempat. Penemuan ini menunjukkan pengeluaran bahan antikuman tertentu oleh lalat ada perkaitan dengan perbuatan mencelup lalat ke dalam cecair. Ia selari dengan sabda nabi yang disebutkan sebelum ini. (Untuk perincian sila baca buku ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin, terbitan PTS Publication).

Nukilan
Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Pengamal Perubatan selama 20 tahun,
Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,
Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah-i
Pemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa. 
ARTIKEL INI DIMUATKAN DALAM MAJALAH-i BULAN APRIL 2006